Saturday, August 15, 2020

YAKIN DENGAN KETENTUAN YANG ESA

 Setelah 18 hari ditahan wad sejak 29 Januari 2020.  Ummi Ainul telah berjumpa dengan doktor pakar mengikut tarikh temu janji yang ditetapkan.

Doktor : Keputusan ujian biopsy yang telah dibuat menunjukkan sel tersebut sama dengan sel kanser lama puan 8 tahun yang lepas.

Ummi Ainul : Maksudnya apa doktor?

Doktor : Maksudnya kancer puan berulang dan telah merebak ke organ iaitu bahagian paru paru dan tulang belakang.

Ummi Ainul : Ermmm.. Stage berapa?

Doktor : kalau dah merebak tu kira tahap 4.. Kami akan rujuk ke Institut Kanser Negara untuk aturkan rawatan kimoterapi secepat mungkin.

Ummi Ainul : Baiklah, Terima kasih.

Itulah kata yang mampu dilafazkan oleh Ummi Ainul untuk mengakhiri perbualan ini.

Dalam perjalanan hidup ini. Ummi Ainul diuji sekali lagi dengan penyakit yang dikatakan peluang pulih bawah 50%. Apa yang harus dia lakukan? Nasib tidak menyebelahi dia? Ataupun sebenarnya Allah sayang kepada dia?

Ummi Ainul yang keturunan bangsa Cina, beragama asal Buddha telah diberi hidayah kembali kepada fitrah. Insan ini tidak lari dari ujian dan dugaan Allah swt. Siapa yang tidak rasa sedih dan putus asa bila diuji..

Baginya Nikmat Islam adalah kurniaan yang paling bernilai. Bila saatnya Ummi Ainul sedar bahawa seorang hamba perlu beriman kepada Qada dan Qadar Allah swt. Maka tenanglah hatinya yang sayu dan gelisah.

Semangat positif terus membara. Penyakit ini InsyaAllah Rahmat Allah swt. Jika ajal belum sampai, pasti dan pasti Allah swt akan berikan penawar. Jika ajal sudah dekat, maka bersedialah bertemu denganNya dengan persiapan dan bekalan Akhirat..  


Saturday, November 23, 2019

KELAS PERTUTURAN KANAK-KANAK DI SEREMBAN

Kanak-kanak adalah seperti sehelai kain putih.
Bila diwarnakan dengan warna yang indah
Maka Insya Allah Indah lah masa depan mereka
Bila diajar dengan pelbagai bahasa dari kecil
Maka akan membuka minda dan pendedahan mereka

Jom Daftar dengan Farah Leong Mandarin
Taman Lavender Heights, Senawang, Seremban
Hubungi kami melalui Whatsapp : 011-1332 2899

Sunday, December 23, 2018

Penghijrahan...

新穆斯林的道路上。。
是孤单上路?
还是一路有你陪伴?

新穆斯林的道路上。
是一帆风顺?
还是

新穆斯林的道路上。。
是满载而归?
还是空手而回?

Makan Tang Yuan

Tang yuan 汤圆 adalah sejenis makanan yang dibuat dari tepung pulut.

budaya orang cina yang masih diteruskan, walaupun telah menjadi Muslim



Tuesday, January 30, 2018

Buku Bahasa Mandarin

Buku ini adalah hasil tulisan saya sendiri. 

Setelah beberapa kali edit dan minta pendapat dan idea pelajar. 

Akhirnya inilah salinan terakhir yang akan disampaikan kepada para penuntut ilmu. 

Kata2 aluan dari Prof Taufiq Yap selaku Pengerusi Macma memberi  semangat kepada  saya untuk terus sambung menulis sebuah lagi buku pertuturan tahap Advance..

Monday, January 22, 2018

Kelas Tuisyen Bahasa Cina di Seremban

Kami telah mulakan Kelas Tuisyen Bahasa Cina untuk Anak2 sejak bulan September 2017.

Kelas diadakan di Lavender Heights. Setiap Jumaat jam 8.00 hingga 9.30 mlm.

Boleh hubungi kami : 011-1332 2899 (Farah Laoshi)  untuk keterangan lanjut.

Friday, October 20, 2017

Aktiviti Menulis Kaligrafi Cina di Kelas Mandarin


Para pelajar didedahkan dengan cara dan gaya menulis kaligrafi cina semasa kelas Mandarin yang diadakan di Hasanah Center,  Lavender Heights Senawang.

Ianya bukan sekadar menulis tetapi perlu ketelitian dan kesabaran serta skill yang baik untuk menulis supaya tulisan nya cantik dan kemas.

Walaubagaimanapun,  tahniah kepada semua pelajar kerana sudi ikuti sesi menulis kaligrafi cina ini.

Jom belajar bahasa mandarin dan fahami budaya orang cina..

Monday, September 25, 2017

Fun Learning Bahasa Mandarin

Belajar & Menghafal angka memang memeningkan kepala terutamanya bila kita jarang melatih..

Cara Fun learning oleh fara laoshi membantu belajar menghafal dan memahami sebutan angka dengan lebih cepat dan berkesan.

Seronok melihat kesungguhan mereka dalam usaha menuntut ilmu.


Kelas Malam Bahasa Mandarin Di Senawang

Kini Kelas Malam telah disediakan pada setiap hari Rabu, di Lavender Heights Senawang.

Untuk memudahkan mereka yang tidak dapat join kelas Bahasa Mandarin di Kompleks As Saadah.

Kelas pertuturan untuk orang dewasa dan kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak yang sekolah cina yang masih lemah dan kurang yakin untuk bertutur.

JOM BELAJAR MANDARIN dengan Fara Laoshi. Tel : 011-1332 2899