Saturday, August 15, 2020

YAKIN DENGAN KETENTUAN YANG ESA

 Setelah 18 hari ditahan wad sejak 29 Januari 2020.  Ummi Ainul telah berjumpa dengan doktor pakar mengikut tarikh temu janji yang ditetapkan.

Doktor : Keputusan ujian biopsy yang telah dibuat menunjukkan sel tersebut sama dengan sel kanser lama puan 8 tahun yang lepas.

Ummi Ainul : Maksudnya apa doktor?

Doktor : Maksudnya kancer puan berulang dan telah merebak ke organ iaitu bahagian paru paru dan tulang belakang.

Ummi Ainul : Ermmm.. Stage berapa?

Doktor : kalau dah merebak tu kira tahap 4.. Kami akan rujuk ke Institut Kanser Negara untuk aturkan rawatan kimoterapi secepat mungkin.

Ummi Ainul : Baiklah, Terima kasih.

Itulah kata yang mampu dilafazkan oleh Ummi Ainul untuk mengakhiri perbualan ini.

Dalam perjalanan hidup ini. Ummi Ainul diuji sekali lagi dengan penyakit yang dikatakan peluang pulih bawah 50%. Apa yang harus dia lakukan? Nasib tidak menyebelahi dia? Ataupun sebenarnya Allah sayang kepada dia?

Ummi Ainul yang keturunan bangsa Cina, beragama asal Buddha telah diberi hidayah kembali kepada fitrah. Insan ini tidak lari dari ujian dan dugaan Allah swt. Siapa yang tidak rasa sedih dan putus asa bila diuji..

Baginya Nikmat Islam adalah kurniaan yang paling bernilai. Bila saatnya Ummi Ainul sedar bahawa seorang hamba perlu beriman kepada Qada dan Qadar Allah swt. Maka tenanglah hatinya yang sayu dan gelisah.

Semangat positif terus membara. Penyakit ini InsyaAllah Rahmat Allah swt. Jika ajal belum sampai, pasti dan pasti Allah swt akan berikan penawar. Jika ajal sudah dekat, maka bersedialah bertemu denganNya dengan persiapan dan bekalan Akhirat..  


No comments:

Post a Comment